Wednesday, August 31, 2011

Khas Buat "Awak"...


Salam awak...


Andainya awak terbaca warkah ini, anggap saja lah ia sekadar pengubat lara di hati saya.. Anggap lah juga ia satu coretan sejarah antara kita... Di awal pertemuan kita (Disember 2005), saya begitu selesa berkawan dengan awak.. Detik-detik yang kita lalui sebagai sepasang sahabat membuatkan saya mengkagumi awak.. Saya mula mengenali awak secara dekat apabila kita 'disatukan' didalam beberapa kerja berkumpulan.. Sikap awak yang cool dan matang serta bertanggungjawab membuatkan hati saya begitu tertarik.. Namun saya tidak meletakkan sebarang harapan terhadap awak kerana saya sudah tahu awak telah pun berpunya.. Tambahan pula saya sedar siapa diri saya.. Namun persahabatan kita menjadi semakin rapat apabila awak sering meminta pertolongan saya... Awak mula mempercayai saya dengan meluahkan segala kesedihan hati awak apabila awak berpisah dengan kekasih awak.. Sejak dari situ, awak mula rapat dan rapat lagi dengan saya.. Awak rajin ber'sms' dan ber'ym' dengan saya.. Kita berkongsi segala cerita suka dan duka bersama.. Dan saya amat menyenangi cara awak..


Awak ingat lagi tak yang saya pernah ada masalah dengan housemate saya? Dan awak lah orang yang sangat ambil berat tentang diri saya.. Saya rasa terharu sangat.. Tak sangka awak bekalkan saya dengan kata-kata semangat untuk teruskan hidup dengan tabah.. Bibit-bibit cinta kita mula berputik sejurus selepas itu.. Kita kerap keluar pada hujung minggu tetapi masing-masing malu-malu kerana tak sangka akan saling meminati antara satu sama lain selepas lama bergelar sahabat.. daripada panggilan 'aku-kau', kita ber'saya-awak', dari ber'saya-awak', kita ber'sayang-sayang' pulak... Indahnya saat itu.. Awak ingat lagi kan, lepas kita makan kat A&W, bila masuk dalam kereta terus awak panggil saya 'awak'.... Rasa nak tergelak pun ada sebab saya segan sangat dengan awak.. Awak pulak boleh buat muka selamba je.. Tapi saya tahu, awak pun segan jugak kan? :-) Saya rasa kekok sangat time tu, tapi alhamdulillah, saya dah boleh biasakan diri... 


Pada tahun akhir pengajian (2008), kita rajin berbual dalam telefon.. Dari saat itu, saya lebih kenal awak.. Manja, romantis, luhur, tidak mengongkong itulah diri awak.. Saya rasa bertuah sangat sebab dipertemukan dengan insan yang hampir serba serbi nya sempurna.. dan pada satu hari, 14 September 2008, itulah tarikh yang paling bermakna dalam hidup saya setelah awak melamar saya sebagai kekasih hati awak.. Awak meraikan cinta kita pada hari lahir saya.. Saya nak awak tahu yang saya sangat-sangat bahagia.. Kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Kebahagiaan yang tidak dapat dirungkai walau dengan seribu bahasa.. 


Awak masih ingat lagi kan peristiwa di McD Kota Kemuning? Saya menangis semahu-mahunya bila dapat tahu awak berkemungkinan akan praktikal jauh dari saya? Saya sedih sangat.. Saya bimbang awak akan berubah hati... Saya takut untuk berjauhan dari awak.. Namun berkali-kali awak percayakan saya yang hati awak hanya milik saya seorang... Awak sapu air mata saya, dan minta jangan menangis lagi... Awak cakap, saya lah wanita pertama yang menangis kerana awak. Yang menangis kerana tak nak berjauhan dari awak.. Lepas tu, awak belikan saya nugget McD dan kita makan di salah satu pondok Tasik Kota Kemuning.... Saya bersyukur sangat kerana awak setia melayan kerenah saya... Terima kasih awak...


Awak....,


Awak masih ingat lagi tak apa yang kita lalui sewaktu awak datang ke rumah saya berjumpa dengan mak saya..? Awak begitu yakin tentang hubungan ni.. Awak cakap awak lah orang yang paling gembira sebab awak dapat tengok saya pagi petang siang malam.. Sebelum tidur awak dapat tengok muka saya.. Bila bangun tidur awak dapat tengok muka saya.. Semuanya fresh.. :-) Saya pun dapat tengok awak pagi petang siang malam.. Awak comot sangat! hehe.. Berhari-hari awak bermalam di rumah saya.. Mak pulak seolah-olah merestui hubungan kita.. Alhamdulillah.... 


Sepanjang awak di Melaka, kita lalui hari-hari bersama dengan penuh kegembiraan.. Kita naik River Cruise sama-sama, kita pergi Taman Botanikal, kita naik Eye On Malaysia dan macam-macam tempat lagi.. Saya rasa bahagia sangat bila bersama awak.. Bahagia sangat awak... Awak pernah berjanji depan saya yang awak tak akan tinggalkan saya.. Awak cakap awak tak boleh hidup tanpa saya... Awak cakap awak yakin saya boleh menjadi isteri dan ibu yang baik untuk bakal anak-anak awak yang akan keluar dari rahim saya.. Awak begitu yakin.. Dan sejak dari itu, saya mula penuhkan segenap hati saya dengan kasih sayang awak.. Tanpa ragu-ragu, saya serahkan cinta saya buat awak.. Cinta yang lahir ikhlas dari jiwa saya, dari sanubari saya... 


Sepanjang perhubungan kita, segala susah dan senang kita lalui bersama... Tanpa rasa jemu, tanpa rasa letih, kita kesana kemari bersama-sama... Bila ada masa terluang, kita akan habiskan waktu bersama walaupun saya di Melaka dan awak di sana... Saya akan cuba cari jalan untuk datang berjumpa awak di sana bila ada kelapangan.. Dan awak pulak akan datang bermalam di rumah saya bila awak rindukan saya... Semua nya indah saat tu kan awak..?


Awak.....,


Hari ni genap sebulan kita berpisah.. 31 JULAI 2011 menjadi tarikh yang amat pedih buat saya.. Awak putuskan hubungan kita sehari sebelum Ramadhan bermula.. Hubungan kita hanya bertahan selama 2 tahun 10 bulan 2 minggu dan 3 hari je.. Saya sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari... Dalam sekelip mata awak berubah.. dan tak sampai sebulan kita berpisah, awak telah pun memadu kasih bersama insan lain.. Sungguh cepat awak menukar ganti cinta awak.. Semudah awak menggantikan baju di badan awak..


Hari-hari yang saya lalui serasa bagaikan duri yang mencucuk di segenap hati... Hati saya hancur awak... Hancur mengenangkan hubungan yang terputus di tengah jalan.. Hancur apabila mengingatkan awak dan si dia yang sedang bahagia meniti hari bersama-sama.. Penuh dengan kegembiraan.. Sedangkan saya...? Hurmmmmm..... itulah nama nya hidup kan..? 


Awak.....,


Jauh di sudut hati saya, saya sedikit pun tak berdendam dengan awak.. Ye.. saya tau, awak dah bosan dengan saya.. Awak dah tak sayang saya lagi... Tapi satu je yang saya terkilan... Saya berharap yang saya dapat tunaikan janji saya terhadap awak sebelum awak mendapat kekasih hati yang baru.. Tapi.... hurmmmm... entahlah.... Saya sendiri kurang pasti dengan hala tujuan saya selepas ni... Ye... memang hidup perlu diteruskan.. Tapi hidup saya dah tak sama macam dulu.. Itu yang pasti... Saya ada satu sem je lagi untuk saya habiskan pengajian master saya.. Dulu-dulu saya bersemangat nak habiskan study sebab awak cakap awak nak datang Majlis Konvokesyen saya nanti... Tapi sekarang.. hmmmm.... 


Terlalu banyak kenangan kita yang sukar untuk saya lupakan... Sebelum tidur, bangun dari tidur, pasti bayangan awak yang hadir.. Wajah awak, senyuman awak, suara awak seolah-olah sudah sebati dalam hidup saya... Waktu berjaga saya, mimpi-mimpi saya semua nya dihiasi dengan diri awak.... 


Awak meminta untuk menjadi kawan saya.. Awak cakap awak tak mahu kehilangan kawan yang baik macam saya... Hmmmmm... Saya tau memang susah bagi saya untuk menukar 'sayang kekasih' kepada 'sayang kawan'.... Tapi saya akan cuba.. Saya tak mahu memusuhi awak.. Saya tau lepas-lepas ni mungkin kita akan tertembung juga.. Saya tak mahu kita bermasam muka.. Walaupun pahit untuk saya telan, saya akan cuba awak... 


Awak...,


Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, saya memohon maaf seandainya ada salah dan silap yang telah saya lakukan terhadap awak sepanjang perkenalan kita.. Segala kenangan kita akan saya simpan kemas-kemas dalam hati saya... 

Salam....


0 people love Pink Diary: