Sunday, July 24, 2011

Maafkan Aku...

Setelah beberapa minggu aku mengasingkan diri...  Aku putuskan hidup aku dengan dunia luar, aku delete account fb, aku private kan blog... Aku on ym tp aku invisible.. But now, I'm back... My blog already open to public, macam dulu..  But it doesn't mean that fb aku pun aku dah active kan balik.. Aku masih belum sedia.. Sorry!!  =.=' 


Hmmmm... apa yang berlaku sepanjang aku mengasingkan diri?? Nothing much... Rutin harian tetap berjalan macam biasa dan semua tu tak menarik untuk dikongsi.. Cuma, ada satu tarikh yang sering menghantui aku.. Terlalu!! Sangat-sangat MENGHANTUI!!!  Januari 2012... Arghh!!! Bila sebut je Januari 2012, badan aku terus jadi seram sejuk.. Aku rasa takut, gementar, gerun, tak sedia, & macam2 lagi perasaan yang bercampur baur.. Bila fikir je mesti BP aku naik.. :-(  Rasa macam nak suruh je waktu berhenti so that tarikh tu takkan sampai.. Tapi sampai bila?? Sampai bila aku mesti larikan diri dari kenyataan..?? Yang pastinya kenyataan tu masih boleh lagi aku pilih, sama ada aku nak ataupun tak nak.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh semua dugaan ini Ya Allah, Sesunguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui mana yang terbaik buat diriku.. Amin..


Dalam pada aku berusaha, begitu banyak rintangan yang hadir hingga membuatkan aku tersungkur jatuh.. jatuh yang tidak mampu untuk bangun semula.. Jatuh yang memerlukan sejuta kudrat untuk bangun, bertatih, perlahan-lahan berjalan dan kembali berlari untuk mengejar satu impian yang masih kabur.. Cuma, aku yakin pada satu ungkapan azimat yang sudah dipasakkan di benak ku, USAHA TANGGA KEJAYAAN... Mudah-mudahan.. Jika itu lah yang terbaik buatku, aku terima dengan hati yang redha... 


Hmmm.. aku yakin, pasti ada diantara kawan2 aku yang baca luahan hati aku ni.. Percayalah, bukan niat aku untuk mengasingkan diri, jauh sekali untuk memutuskan talian persahabatan.. Namun aku memerlukan sedikit ruang untuk muhasabah diri.. Dan, yang paling aku kesalkan, kenapa diri aku dijadikan satu medium untuk melempiaskan rasa ingin tahu pihak ketiga? Dan kini, kisah hidup aku semakin luas terjaja.. Itu yang membuatkan aku rasa seolah2 aku hanya dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri..  Sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, aku rasa ada baiknya aku off' segala ruang ataupun medium yang membolehkan orang meneroka segala ceruk kehidupan aku.. 


Kepada kawan2, maafkan aku ye.. Bila keadaan kembali reda, aku akan kembali kepada AYU yang dulu.. Yang ceria walaupun dihujani masalah bertimpa.. :-)  Adios...


1 people love Pink Diary:

daydeck86 said...

Sabor jer lah ayu ini semua dugaan dari Allah s.w.t.
Allah s.w.t. memberi pelbagai cobaan dan rintangan kepada hamba2 yang DIA sayang.


p/s - leh kirim cd dondang sayang tak... ehehhehe

peace no war